bantuan latihan perantis

Bantuan Latihan Perantis RM200 setiap bulan untuk rakyat Malaysia: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan:-

Bantuan Latihan Perantis

Bantuan Latihan Perantis adalah sebuah inisiatif di bawah JKM yang bertujuan bagi membantu klien jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Bagi mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereka, kadar bantuan ini adalah sebanyak RM200 setiap bulan seorang.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan kemudiannya akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…