Bantuan Kerajaan

Selain BTR, berikut Bantuan-Bantuan Kerajaan yang akan dikreditkan pada bulan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang telah dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2023. Pembayaran Fasa 1 bantuan ini telah mula disalurkan bermula pada 17 Januari 2023.

Namun begitu, bukan hanya BTR yang dibayar pada bulan ini, kerana terdapat pelbagai lagi bantuan-bantuan Kerajaan lain yang dilaksanakan. Antaranya adalah…

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah bantuan kewangan sebanyak RM800 yang diperkenalkan di oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Bajet Mini 2023. Bantuan ini akan diberikan kepada para peneroka getah FELDA sebanyak tiga fasa dari bulan Januari hingga Mac 2023.

Pembayaran akan dilaksanakan dengan kadar sebanyak RM300 (Fasa 1 & Fasa 2) dan RM200 (Fasa 3) berjumlah RM9.7 juta serta bakal memanfaatkan 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

BAP diperkenalkan bagi membantu ibu bapa dalam usaha menyediakan anak-anak ke sekolah. Bantuan ini adalah sebanyak RM150 kepada semua murid sekolah, tanpa had pendapatan ibu.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, peruntukan akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan ia akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid seleepas itu.

Dimaklumkan bahawa, tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

Bantuan Khas Kewangan (RM1,500)

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan kepada para penjawat awam negeri berkenaan. Pembayaran yang melibatkan kos RM13 juta itu akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…