Senarai tarikh bantuan-bantuan Kerajaan yang dilaksanakan pada bulan November 2022 ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Pada bulan November ini, pelbagai juga bantuan-bantuan yang akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Berikut adalah senarai bantuan-bantuannya: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh RISDA kepada para pekebun getah yang berkelayakan. Pembayarannya akan dilaksanakan sebanyak dua fasa iaitu pada bulan Novemver dan Disember 2022.

Setiap fasa akan melibatkan sumbangan sebanyak RM300 (dengan jumlah keseluruhan RM600 bagi dua fasa).

Bantuan – Bantuan Bulanan JKM

Bantuan-bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi jumlah sehingga RM1,000 kepada mereka yang berkelayakan. Antara bantuan-bantuan bulanan yang diperkenalkan adalah seperti Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Am Negeri, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Warga Emas dan Bantuan Anak Pelihara.

Pembayarannya akan dilaksanakan bermula pada 1 hingga 10 November 2022 secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak.

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

SADE adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor. Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah layak membuat permohonan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

SPZAS Ren & Men

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah & Menengah (SPZAS Ren & Men) adalah sumbangan kewangan sebanyak RM200 kepada setiap tanggungan anak yang masih bersekolah secara ‘one-off’

Permohonannya masih dibuka sehingga 03 Disember 2022 dan boleh dikemukakan secara atas talian sahaja. Maklumat lanjut berkenaannya boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…