Bantuan Khas

Kerajaan Negeri lulus Bantuan Khas RM1,500 yang dibayar bulan depan: Ini mereka yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan RM1,500 yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada semua kakitangan awam negeri berkenaan.

Bantuan Khas Kewangan RM1,500

Dengan pelaksanaan bantuan itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM8 juta.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program dan projek dirancang kerajaan demi membangunkan negeri.

Kakitangan awam negeri juga terlibat menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di negeri ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Kedah pada Oktober lalu.

Baca juga:

Tarikh Pembayaran Bantuan

Berkenaan dengan pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022 .

Dalam masa sama, semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) juga akan menerima faedah kenaikan gaji RM100 secara ‘one-off’ setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain.

Pihak Kerajaan Negeri turut akan melanjutkan tempoh zon bebas berniaga sehingga 31 Disember tahun hadapan dan akan mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi pusat penjaja kecil dengan kemudahan yang lebih selesa kepada penjaja dan pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…