Bantuan Kewangan RM150

Bantuan Kewangan RM150 ‘one-off’ untuk semua tanpa mengira pendapatan B40 atau M40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah Bantuan Kewangan RM150.

Ia melalui Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dicadangkan di bawah Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat Oktober lalu.

Lebih menarik, pihak Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar BAP kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini, dan melibatkan semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Ini bermakna, jika sesebuah keluarga itu mempunyai empat orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM600.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan RM150

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BAP ini, ia akan dilaksanakan pada bulan Januari tahun hadapan dan diharap akan dapat meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah.

Baca juga:

“Peruntukan disediakan untuk BAP adalah sebanyak 825 juta ringgit disediakan iaitu jauh melebihi peruntukan tahun ini 450 juta ringgit”, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM4 berbanding RM3 sebelum ini bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Untuk senarai penuh bantuan-bantuan di bawah Bajet 2023, ia boleh dirujuk di Laman Khas Bajet – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…