Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –
Bantuan Kewangan RM2,700 ‘one-off’
Bantuan di bawah JKM ini dikenali sebagai Geran Pelancaran. Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk:
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga;
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Cara Memohon
Untuk makluman, bantuan ini diberikan khas kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.
Oleh itu, bagi mereka yang ingin membuat permohonan Geran Pelancaran – mereka hendaklah membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Sekiranya layak dan diluluskan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan selepas itu, serta akan melalui penilaian lanjut oleh pihak JKM.
Permohonan bantuan-bantuan JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.