BANTUAN RM100

Bantuan RM100 dikreditkan dalam MyKad mulai bulan Januari 2024: Syarat-syarat mereka yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Antara bantuan yang diteruskan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan ia juga telah ditambah baik berbanding sebelumnya. Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –

Bantuan RM100 setiap bulan di bawah SARA

SARA adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Berbanding tahun 2023 dengan kadar RM600, kadar SARA bagi tahun 2024 ini telah dinaikkan kepada RM1,200. Ia nanti akan dikreditkan ke MyKad penerima setiap bulan selama setahun (12 tahun).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM1,200 (RM100 sebulan)
  • Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM300
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM150

Pembayaran SARA

SARA akan mula dikreditkan kepada yang layak mulai bulan Januari 2024 sehingga Disember 2024. Penerima yang layak akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pembelian kemudiannya boleh dibuat secara tanpa tunai di lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap tentang STR dan SARA 2024, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Canselor UKM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan…
STR Fasa 4: Maklumat senarai penerima, jumlah dan tarikh rasmi pembayaran

STR Fasa 4: Maklumat senarai penerima, jumlah dan tarikh rasmi pembayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal tersebut, pihak…
Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…