bantuan

Bantuan RM1,000 akan dikreditkan tahun depan: Tak perlu memohon & ini senarai penerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai RM1,000 & RM2,000

Salah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 adalah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Bantuan ini akan melibatkan sumbagan tunai pada kadar RM1,000 dan RM2,000 kepada mereka yang layak. RM2,000 akan disalurkan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Manakala, RM1,000 pula akan diberikan kepada para pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Selain itu, sumbangan RM1,000 juga diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Untuk makluman, pihak Kerajaan ketika ini sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan tunau ini akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024. Bulan itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Dalam masa sama, Kerajaan turut menyarankan majikan swasta untuk sama mengkaji kesesuaian saraan dan ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan Madani 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…