Bantuan RM1000

Bantuan RM1,000 dibayar secara automatik pada bulan ini: Berikut adalah senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan khas ini: –

Bantuan RM1000

Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari – pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan setengah gaji bagi tahun 2022 dan 2023.

Bantuan khas ini kali pertama dengan kadar satu bulan gaji atau minimum RM1,000 telah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

Manakala, bantuan khas kali kedua pula telah dibayar pada 29 Disember 2022 sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Untuk pembayaran kali ketiga pula, kadar sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada bulan Februari 2023.

Pembayaran bantuan ini akan diberikan kepada semua anggota penjawat awam di pentadbiran Kerajaan Negeri, sebagai usaha menghargai sumbangan mereka dan meringankan perbelanjaan persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara kredit terus atau automatik ke akaun bank penerima dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

“Pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian BKK yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM),” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…