Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.
Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah apa yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan dan ini adalah penerangan lanjut mengenainya:-
Bantuan RM350
Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dengan kadar sebanyak RM350 dan RM700.
Pembayaran bantuan sebanyak RM350 itu nanti akan diberikan kepada para pesara Kerajaan, manakala RM700 pula kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri…”, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Boleh kemaskini & buat permohonan baru STR mulai hari ini: Jumlah bayaran untuk setiap penerima
- Kerajaan perkenal Bantuan RM800 yang dibayar 3 Fasa: Ini senarai penerima RM200 pada bulan ini
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan April 2023 bersempena dengan bulan datangnya hari mulia Hari Raya Aidilfitri.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga bersetuju memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) untuk menyediakan pemeriksaan atau saringan awal khas untuk golongan B40.
Maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.