rumah

Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk rakyat Malaysia: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini khusus diberikan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Antaranya adalah melalui program bantuan membina rumah untuk rakyat Malaysia yang memerluka melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program bantuan rumah ini: –

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah sebuah program yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Ciri-ciri utama rumah RMR adalah dibina dengan keluasan 750 kps pada harga bermula dari RM75,000 hingga RM85,000 seunit. Rumah satu tingkat itu memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Setiap unit rumah RMR juga menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Pembiayaan yang disediakan pula adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan – permohonan RMR boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem RMR Online. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPNB:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah;
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
  • Salinan sijil nikah pemohon;
  • Borang laporan tapak bergambar.

 

Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. Dalam masa sama, pihak SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB. Manakala, keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Selepas permohonan dibuat dan diluluskan, tanggungjawab pemohon adalah perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan; perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan; perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektri; perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan serta perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Bagi pembayaran pinjaman RMR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui JOMPAY. Setakat 31 Januari 2024, jumlah permohonan RMR telah mencecah 187,248 permohonan. Dari jumlah itu, 104,076 telah diterima dan 65,758 diluluskan.

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan program Bantuan Rumah Mesra Rakyat ini, sila rujuk di Portal Rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Akaun 3 KWSP: Ini pengiraan & jumlah minimum yang boleh dikeluarkan oleh semua pencarum

Akaun 3 KWSP: Ini pengiraan & jumlah minimum yang boleh dikeluarkan oleh semua pencarum

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini telah pun penstrukturan semula akaun-akaun bagi…
Temuduga terbuka di Prasarana Malaysia Berhad: Syarat-syarat kelayakan & tarikh temuduga

Temuduga terbuka di Prasarana Malaysia Berhad: Syarat-syarat kelayakan & tarikh temuduga

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Prasarana Malaysia Berhad kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan…
Bantuan RM500 untuk mereka berumur 60 tahun & ke atas: Berikut cara memohon

Bantuan RM500 untuk mereka berumur 60 tahun & ke atas: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…