bantuan rm100

Bantuan Tunai RM100 – RM200 dibayar bulan depan: Berikut senarai mereka yang boleh memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Program i-Sejahtera. Berikut adalah senarai bantuan-bantuan di bawah program berkenaan itu: –

Bayaran Satu Kali Setahun

Program Penghargaan Warga Emas (RM200): Syarat utama bantuan ini adalah pemohon hendaklah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar dan berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Program Bantuan Ibu Tunggal (RM100): Bantuan tunai ini pula terbuka kepada ibu tunggal berumur bawah 60 tahun dan berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Program Suri Emas (RM100): Program ini diberikan kepada kepada golongan suri rumah dan tiada pendapatan tetap. Mereka hendaklah berumur bawah 60 tahun. Syarat sebagai pengundi masih sama seperti bantuan sebelumnya.

Program Bantuan OKU (RM200): Pemohon bagi program ini mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetap di Pulau Pinang.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bayaran Secara ‘one-off’

Program Anak Emas (RM200): Bantuan program ini berikan kepada anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh didaftarkan. Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Khairat Kematian (RM1,000): Bagi mereka yang menerima bantuan Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal dan Bantuan OKU, waris mereka layak menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan i-Sejahtera boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera.

Pemohon kemudiannya perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan oleh i-Sejahtera.

Pembayaran bagi program-program ini akan dilakukan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima bantuan untuk tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Untuk maklumat lengkap tentang i-Sejahtera , ia boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…