bantuan tunai

Bantuan Tunai RM1,000 & RM2,000 untuk mereka berkelayakan: Senarai penerima & tarikh bayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai Kerajaan

Salah satu bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 adalah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Insentif ini akan melibatkan pemberian tunai sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Manakala, para pesara Kerajaan pula bakal menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000 termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran RM1,000 turut diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Untuk makluman, pihak Kerajaan ketika ini sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pembentangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024. Bulan itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Pihak Kerajaan turut menyarankan majikan swasta untuk sama mengkaji kesesuaian saraan dan ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

“Tahun hadapan, Kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan Madani 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…