BKM Fasa 3 & 4 mungkin akan ditambah kerana harga barang naik: Ini tarikh pembayarannya nanti

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan kewangan bersasar kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban tanggungan mereka.

Dalam perkembangan terkini dengan kenaikan harga barangan yang berlaku, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi bayangan bahawa kerajaan mungkin akan menyediakan bantuan tunai tambahan melalui pembayaran BKM bagi fasa-fasa seterusnya.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petikan dari BH Online.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 & 4

Berdasarkan kenyataan di portal rasmi BKM, jumlah bayaran bagi Fasa 3 dan 4 adalah seperti berikut (sebelum ada sebarang penambahan):

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM100 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM400 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM800 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • endapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: Tiada

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 3 dan 4, ia akan dilaksanakan pada bulan September dan Disember 2022. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran masing-masing fasa belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi semakan kelulusan BKM, ia boleh dibuat di portal rasmi BKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…