bkpkk

Ramai yang terlepas pandang: Ini syarat-syarat & cara memohon BKPKK RM3,600 setahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan BKPKK

Salah satu bantuan di bawah KPM adalah Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) sebanyak RM3,600 setahun.

Bantuan ini melibatkan kadar RM300 sebulan selama dua semester pengajian atau 12 bulan. Dimaklumkan juga, pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima BKPKK ini.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dikemukakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Pelajar hendaklah mendapat CGPA sekurangnya 2.0 bagi  melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika tidak mencapai CGPA yang ditetapkan pada semester pertama, maka BKPKK akan diberhentikan serta merta kepada pelajar terbabit.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi KPM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Golongan B40 merujuk kepada 40% rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Mereka merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang…
Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

Dalam landskap ekonomi negara yang semakin mencabar, dua kumpulan masyarakat yang sering menjadi fokus dasar kerajaan ialah golongan B40 dan…