e-pengeluaran

E-Pengeluaran KWSP telah dibuka untuk permohonan: Ini syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran sebahagian simpanan secara atas talian.

E-Pengeluaran KWSP

E-Pengeluaran adalah sebuah kemudahan yang diperkenalkan oleh KWSP kepada setiap ahlinya yang mendaftar di bawah Sistem i-Akaun.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian (bagi tujuan-tujuan di tertentu).

Berikut adalah senarai pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dengan menggunakan E-Pengeluaran: –

Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP

Membiayai Pendidikan

Pihak KWSP membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membina Rumah

Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan mereka dari Akaun 2 bagi tujuan membina rumah. Antara syarat-syarat utamanya adalah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.

Membeli Rumah

Untuk ahli yang ingin membeli rumah, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Rawatan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Menggunakan E-Pengeluaran KWSP

Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, ahli perlulah mempunyai i-Akaun KWSP.

Maklumat lengkap  berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI (PDF).

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…