Ini senarai tarikh-tarikh penting Bantuan Kerajaan untuk bulan Jun 2022 yang kita perlu tahu

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Ia termasuklah bantuan-bantuan yang dilaksanakan di bawah Belanjawan 2022 dan pelbagai lagi pengumuman-pengumuman lain.

Oleh itu, berikut adalah adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan pada bulan Jun 2022: –

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan Jun 2022 dengan melibatkan jumlah bayaran dari RM100 sehingga RM400. Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran Fasa 2 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan, dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Pendaftaran SADE  dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024. Untuk makluma lanjut berkenaan program ini, sila rujuk – DI SINI.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 adalah sebuah inisiatif di bawah RISDA dengan jumlah bayaran sebanyak RM600. Pembayaran BMT ini akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022.

Jumlah bayarannya pula adalah sebanyak RM300 untuk setiap fasa (jumlah keseluruhan RM600). Penerima BMT 2022 yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Bina Rumah & Baiki Rumah

Program Sayangi Rumahku adalah sebuah bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada untuk baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak. Permohonan bantuan ini masih lagi dibuka dan dijangka dibuka untuk sepanjang tahun ini. Sila rujuk – DI SINI.

Selain itu, terdapat sebuah lagi insitif yang diperkenalkan iaitu Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 15 tahun.

Manakala, pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada 15 tahun. Sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…