bantuan kewangan rm250

Kerajaan bayar Bantuan Kewangan RM250 bulan ini: Berikut senarai penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Kewangan RM250

Bantuan Khas BERNAS pada asasnya adalah bantuan kewangan dari dana sumbangan syarikat itu sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Menurut laporan, pembayaran bantuan ini akan melibatkan kadar sebanyak RM250 kepada setiap orang yang terlibat dalam mengerjakan sawah padi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Para pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan menerima ini pada bulan Januari 2023 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Manakala, para pesawah di negeri Kedah dan Perlis pula akan menerima bantuan kewangan ini pada bulan Februari 2023 seperti mana yang dimumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu.

Bantuan ini nanti akan memanfaatkan sekitar lebih 71,000 pesawah di negeri-negeri berkenaan.

Tambah Muhammad Sabu, kira-kira 240,000 pesawah dari seluruh negara menerima bantuan berkenaan yang dijangka selesai diagihkan menjelang bulan Mac nanti.

“Bantuan sekaligus ini adalah ihsan Bernas untuk membantu pesawah terlibat dalam hal jaminan makanan sementara di pihak kerajaan kita akan sentiasa meneliti setiap permasalahan pesawah dan cari jalan terbaik untuk selesaikannya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman,…