Bantuan Baucar RM200

Diperkenalkan mulai tahun 2023, Kerajaan Negeri lulus Bantuan Baucar RM200 kepada yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Baucar Pekej Berpantang yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Belanjawan 2023 negeri berkenaan.

Berikut adalah maklumat berkenaan baucar ini: –

Kadar Baucar Pakej Berpantang

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2023 Terengganu berkata, pemberian baucar bernilai RM200 itu adalah bertujuan untuk penjagaan wanita selepas bersalin.

Bantuan ini nanti dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 wanita (bersalin) yang layak di negeri berkenaan.

“Ia sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu menjayakan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 yang dilancarkan baru-baru ini,” kata Ahmad Samsuri di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, November 2022 lalu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju menaikkan kadar Skim Pertama Sejahtera bagi bayi yang baru lahir di negeri berkenaan.

Sumbangan tabung pendidikan di bawah skim itu akan dinaikkan kepada RM200 bagi kelahiran anak pertama dan kedua, anak ketiga hingga kelima (RM300) dan anak keenam hingga kesepuluh (RM500).

Selain itu, Kerajaan Terengganu juga meluluskan bantuan kewangan RM150 kepada para pengawal keselamatan di negeri berkenaan.

Bantuan itu ialah bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berkenaan dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 pengawal keselamatan di Terengganu.

Sumber: Kosmo & BH Online.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…