bantuan

Kerajaan setuju beri Bantuan Tunai RM2,000 bawah Belanjawan Madani 2024: Senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai RM2,000

Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 adalah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Bantuan tunai ini akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Manakala, semua Jawatan Utama Sektor Awam, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform pula bakal menerima RM1,000.

Dalam masa sama, para pesara Kerajaan pula akan menerima Bayaran Insentif sebanyak RM1,000 termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Untuk makluman, pihak Kerajaan ketika ini sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pembentangan Perdana Menteri, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada akhir Februari 2024. Bulan itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Tambahnya lagi, pihak Kerajaan turut menyarankan majikan swasta untuk sama mengkaji kesesuaian saraan dan ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

“Tahun hadapan, Kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan Madani 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…