Bantuan Wang Ihsan

Kerajaan teruskan Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000: Ini senarai penerima layak terima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Wang Ihsan yang diteruskan oleh pihak Kerajaan dengan jumlah sebanyak RM1,000 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Penerima Bantuan Wang Ihsan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemberian Bantuan Wang Ihsan diteruskan kepada isi rumah mangsa banjir dengan jumlah sebanyak RM1,000.

“Pembayaran itu akan dilakukan segera sebelum banjir surut dan sebelum mangsa pulang ke rumah masing-masing. Ia akan diberikan kepada mangsa banjir yang berdaftar dan layak saja.

“Ini berikutan, pengalaman lalu, kita mendapati jumlah mangsa didaftarkan berbeza dengan permohonan yang dibuat. Langkah ini akan diatasi dengan segera secara proaktif melalui agensi pelaksana bagi memastikan ia berjalan lancar.

“Selain itu, bantuan bagi membaik pulih rumah juga akan diteruskan seperti diberikan pentadbiran lalu,” kata Zahid.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Bantuan Zakat Selangor Peduli

Dalam perkembangan lain, Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli sebanyak RM600 secara ‘one-off’ kepada mereka yang terjejas akibat banjir.

Antara syarat umum bantuan ini adalah:

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap;
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun.

 

Permohonan bantuan Zakat Selangor ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Portal LZS Peduli oleh mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…