Pendapatan bawah RM3,000: Ini bantuan RM150 kepada rakyat Malaysia yang layak

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah sebuah program bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini juga diberikan kepada murid-murid dari peringkat Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.

Melalui Bajet 2022 yang diumumkan pada akhir bulan Oktober lalu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah bantuan ini kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya dan ia dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid yang layak.

Berikut adalah penjelasan lanjut tentang bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Murid adalah warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan Sijil Lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
    • Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

Kaedah Penyaluran Bantuan

Bantuan ini akan disalurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

 

Pihak sekolah kemudiannya akan menyalurkan bantuan ini kepada setiap murid yang layak, sesuai dengan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagi maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…