Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Insan Istimewa (SMIS) yang diberikan kepada mereka yang layak.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Kadar SMUE & SMIS
Seperti mana yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Belanjawan Selangor 2023 – Skim Mesra akan terbahagi kepada dua kategori untuk golongan warga emas yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) bagi golongan orang kurang upaya (OKU).
Kedua-dua skim ini pada asasnya melibatkan baucar membeli belah sebanyak RM150 kepada mereka yang layak dan boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan.
Baucar berkenaan hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat dan boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.
Selain itu, skim ini juga melibatkan bantuan Khairat Kematian sebanyak RM500.
Syarat-syarat Kelayakan
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Skim Insan Istimewa (SMIS)
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
- Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Siapa akan dapat Bantuan Kewangan RM2,500 untuk tahun 2023? Dibayar sebanyak 2 kali
- Jadual dan jumlah bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang menggantikan BKM bagi tahun 2023
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) Portal Rasmi Skim Mesra.
Semakan kelulusan juga boleh dibuat di portal sama. Bagi maklumat lengkap berkenaan skim ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.