senarai bantuan

Senarai Bantuan RM200 – RM500 yang dibayar bulan ini (Jun 2024): Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini tidak lain dan tidak bukan dengan tujuan asas iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40).

Ia termasuklah bantuan-bantuan yang akan dibayar pada bulan Jun 2024 ini.  Berikut adalah senarai bantuan kewangan yang telah akan dibayar: –

Bantuan RM200 – RM500

BUDI Agri-Komoditi

BUDI Agri-Komoditi adalah sebuah bantuan subsidi tunai yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

Mereka yang layak menerima bantuan ini hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK);
  • Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

 

Nemun begitu, pekebun kecil tersusun di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA tidak layak untuk bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi. Ini kerana, Kerajaan akan menyalurkan subsidi diesel dan bantuan lain yang berkaitan terus kepada pihak FELDA, FELCRA dan RISDA.

BUDI Individu

BUDI Individu pula adalah bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Ia  diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

Syarat-syarat kelayakan BUDI Individu adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah;
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia;
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

 

Akan tetapi, BUDI Individu tidak layak bagi perkara berikut:

  • Motosikal diesel;
  • Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
  • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
  • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran dan bas persiaran.

 

Permohonan BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu ini bolehh dibuat secara atas talian (online) di Portal BUDI Madani. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun 2024.

Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima pembayaran  BUDI Agri-Komoditi atau BUDI Individu pertama mereka pada pertengahan bulan Jun 2024 dan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala, bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 ,mereka akan menerima bayaran pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Insentif Khas RM500 sempena Hari Raya Aidiladha

Pada akhir Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah mengumumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas RM500 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Insentif khas itu akan disalurkan kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024. Bantuan ini akan melibatkan peruntukan lebih RM16 juta daripada wang kutipan zakat dan akan diagihkan kepada 32,300 asnaf yang terdiri daripada kategori asnaf fakir, miskin, mualaf dan ar-riqab.

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…