BAP RM150

Senarai mereka yang layak menerima BAP RM150 pada bulan depan: Ini tarikh rasmi pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150

Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pihak Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid sekolah, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Berdasarkan maklumat dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Murid warganegara Malaysia;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024;
  • Murid bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti;
    • Sekolah Henry Gurney.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran BAP

KPM memaklumkan, peruntukan bantuan ini akan disalurkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan itu kepada para murid sejurus peruntukan diterima sekolah.

Agihan itu nanti akan dilaksanakan secara tunai kepada murid atau kredit ke dalam akaun.

Para murid juga tidak perlu mengisi sebarang borang untuk tujuan mendapatkan bantuan kewangan ini.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan juga bersetuju mempercepatkan pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) sebanyak RM300 bagi isi rumah dan RM100 bagi kategori bujang pada bulan Januari depan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…