Tidak semua layak dapat: Ini penjelasan & senarai penerima BKM Tambahan RM300 – RM500

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Salah satunya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 dengan tujuan sebagai bantuan tunai lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM Fasa 3 telah pun bermula sejak 20 September lalu dan dijangka selesai pada 27 September ini. Bagaimanapun, masih ramai terkeliru dengan istilah BKM Tambahan sebanyak RM300 hingga RM500 yang diberikan kepada penerima BKM sedia ada.

Oleh itu, berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya:

BKM Tambahan

BKM Tambahan pada asasnya diberikan kepada penerima isi rumah dengan jumlah di bawah:

  • RM500: Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat;
  • RM300: Penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

 

Oleh itu, penerima akan mendapat jumlah ini setelah layak menerima BKM Tambahan:

IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500)

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Jumlah anak: 1 -2
    • Kelayakan asas: RM1,500
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM2,000
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Jumlah anak: 3 orang ke atas
    • Kelayakan asas: RM2,000
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM2,500
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak: 1 – 2
    • Kelayakan asas: RM600
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,100
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak: 3 orang ke atas
    • Kelayakan asas: RM800
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,300

 

Isi Rumah berstatus Warga Emas (tambahan RM300)

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Jumlah anak: 0
    • Kelayakan asas: RM1,00
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,300
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Jumlah anak: 1 -2
    • Kelayakan asas: RM1,500
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,800
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    • Jumlah anak: 3 orang ke atas
    • Kelayakan asas: RM2,000
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM2,300
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak: 0
    • Kelayakan asas: RM400
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM700
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak: 1- 2
    • Kelayakan asas: RM600
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM900
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak: 3 orang ke atas
    • Kelayakan asas: RM800
    • Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,100

Semakan Status

Bagi maklumat lengkap berkenaan BKM, penerima disarankan untuk meneliti segala maklumat di Portal Rasmi BKM dan membuat semakan kelulusan kadar bantuan yang diberikan.

Maklumat lengkap berkenaan ini boleh dirujuk DI SINI, manakala semakan pula boleh dibuat DI SINI.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…