Ini senarai penerima yang layak & jumlah bantuan BKM Fasa 3 yang dibayar pada bulan depan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jebis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Antaranya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia.

Pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah pun dilaksanakan pada bulan Mac dan Jun lalu dengan jumlah bayaran mengikut setiap kategori penerima. Berikut pula adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 3: –

Kadar BKM Fasa 3

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1-2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1-2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1-2: RM800
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Tarikh Bayaran

Berkenaan pembayaran BKM Fasa 3, ia akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran secara tepat masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lengkap berkenaan BKM dan semakan kelulusan jumlah permohonan, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…