Bantuan Kewangan RM2500

Jangan terlepas pandang: Ini tarikh kredit Bantuan Kewangan RM2,500 yang dibayar dua kali

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri dengan jumlah tertentu di bawah Belanjawab 2023 masing-masing.

Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,500

Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Bantuan ini nanti akan disalurkan kepada 5,599 penjawat awam negeri berkenaan seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022 (Belanjawan 2023).

Katanya,  bantuan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Kerajaan Negeri kepada penjawat awam negeri berkenaan, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Aminuddin juga berharap bantuan itu dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Untuk tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada awal bulan Januari dan minggu pertama April 2023.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk meneruskan kemudahan pinjaman pembelian komputer dan kenderaan tanpa faedah bagi penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang layak.

“Ini adalah pengiktirafan dan penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam negeri, yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan kecemerlangan perkhidmatan dalam memajukan negeri ini.

“Saya menyeru supaya semua penjawat awam bersama-sama berganding bahu memberikan perkhidmatan terbaik bagi mengembalikan semula kegemilangan negeri demi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika membentang Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang bertemakan Melunas Janji, Menggalas Harapan.

Sumber: BH Online.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…