BAP

Tarikh rasmi pembayaran Bantuan BAP RM150 kepada semua tanpa mengira had pendapatan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada 20 Disember lalu.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan atau BAP adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM150 daripada Kerajaan Persekutuan kepada murid-murid sekolah.

Berikut adalah senarai penerima BAP yang layak:

  • Murid warganegara Malaysia;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024;
  • Murid bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti;
    • Sekolah Henry Gurney.

 

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut bersetuju untuk memberikan bantuan ini kepada semua murid, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Perkara ini berbeza dari sebelum ini, yang hanya diberikan kepada murid dengan pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peruntukan bantuan ini akan disalurkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan kepada para murid sejurus peruntukan diterima.

Agihan itu pula akan akan dilaksanakan secara tunai kepada murid atau kredit ke dalam akaun.

Dimaklumkan juga bahawa bantuan ini tidak melibatkan sebarang borang yang perlu diisi.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…