Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah melalui Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Salah satu yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pihak Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid sekolah, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Menurutnya, bantuan kewangan berkenaan adalah penting bagi mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.
Pembayaran BAP itu akan dilaksanakan pada bulan depan iaitu Januari 2023 dan menyaksikan kenaikkan berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.
Malah, sebelum ini pemberian BAP hanya diberikan kepada para murid dengan had pendapatan ibu baga RM3,000 sebulan. Dengan perkenalan tanpa had pendapatan ini, setiap anak yang bersekolah layak menerima RM150 seorang.
Sekiranya sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak bersekolah, makanya mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,500 dibayar bulan depan: Ini senarai mereka yang layak
- Pendapatan keluarga kategori B40: Berikut cara memohon BKK RM150 – RM1,000 setiap bulan
Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini, akan diteruskan dengan bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan dibuat lebih awal iaitu pada bulan Januari 2023.
Bayaran Fasa 1 itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion dan membabitkan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
Sumber: BH Online.